THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Saturday 25 July 2015

Simple daily hijab tutorial


Saturday 11 July 2015

Tidak dapat untuk aku membuat orang paham

Apa aku rasa apa aku nak
Apa aku buat
Tak semua itu tak

Bukan aku tidak mahu memberi peluang
Tak bukan itu
Bukan aku membenci kau
Tak bukan itu jugak
Bukan aku tidak memaafkan kau
Tak jugak bukan

Pertamanya 
Aku berani 
Kerana aku tidak salah
Orang mahu menuduh aku
Tidak ada peluang untuk aku meluahkan
Tidak mengapalah
Ada bagusnya aku mengalah
Diam bukan maksud aku untuk lari
Tapi dalam api aku tidak mahu jadi api

Tuhan maha tahu
Apa aku rasa
Apa aku buat

Dan sekarang
Mungkin aku perlu masa untuk diri sendiri
Aku penat untuk jadi bodoh lagi
Aku relakan org yg bukan mak abah aku yg tentukan hidup masa depan aku
Aku punya masa depan
Biarlah aku sendiri yg buat

Aku bukan ingin kebebasan untuk kelalaian
Tapi setiap apa aku buat hanya untuk dimarahi ni
Lebih baik hidup dalam penjara

Aku tahu niat nya baik untuk membentuk dari skrg
Tapi boleh sendiri fikir
Dgn cara apakah kau ajar
Adakah dgn cara menghukum?
Atau juga dengan cara seks?
Atau juga dgn cara mengarah!

Semua boleh fikir
Semua boleh dibawak bincang


Aku sedar aku tidak sebaik kau
Tapi sebagai diri aku
Aku tahu apa aku buat

Freedom is being you without anyone's permission....

Sunday 14 December 2014

Dendammu

Aku dan senyum

Aku cuma mampu senyum
Bukan karena aku gembira
Tapi lebih baik selindung dari duka

Mengapa aku memilih untuk di hempas sang ombak
Mengapa aku pilih untuk jalan berduri
Sedangkan luasnya pasir pantai banyak nya lagi jalan elok

Mengapa dan mengapa 
Orang pasti tanya dan berkata
Bodoh sungguh engkau 
Jalan yang elok lagi pilih jalan sukar
Pantai yang luas lagi kau pilih dihempas ombak

Dan aku cuma membalas dengan senyum
Hanya tetap dengan senyum
Aku pernah menjadi bodoh untuk seseorang
Malah masih lagi sampai sekarang
Ingin nya dia aku hidup merana

Aku tidak diberi peluang untuk mengukir kebenaran
Seperti setiap kali ingin aku melorek
Ada yang rampas pena ku
Lalu berkata perbuatan dia benar
Dan aku di kata bersalah kerana tidak  melampirkan penjelasan
Lalu aku ni hukum

Maka sekarang orang tahu
Mengapa derita ku pilih
Sekurang tidaknya aku mencuba

Aku percaya tuhan siapa yang benar

Terima kasih atas semua ini
Maafin aku andai aku salah

Saturday 6 December 2014

Moon

I just remembering this sentence

Where i said
When i look the moon
Yes we look same moon too
Mean eventhough we so far
But we reach the same thing

But its just the past thing
And i dont want to remind it anymore

Reason i create this
Just for lets all shit was i kept in my mind
You just my memories
And you should go
Leave me to be good for you


Monday 1 December 2014

AKU TIDAK SEMPURNA

Aku hanya manusia biasa
Yang tidak lari dari membuat silap

Kenapa aku marah
Kenapa aku tegur
Hanya kerana aku 
Menyanyagi kau 
Yang kau sendiri x tahu 
Ikhlasnya sayang aku 
Terhadap kau

Sayang buat aku marah
Sayang buat aku tegur
Sayang buat aku mengalah

Tetapi kerana aku
Menguji
Aku menilai
Cinta kau hilang
Sekelip mata

Sayang yg aku agongkan selama ini
Jadi abu yg berterbangan

Bahagia yang aku kecapi dahulu
Jadi derita yang tak mampu aku tempuhi 

Hidup yang dulunya gelap
Kau terangi dengan cahaya

Kini kau pergi
Kau membawa cahaya-cahaya
Yang selama ini membantu aku
Untuk aku terus melangkah

Kini tinggal aku sendiri
Melangkah dalam
Kegelapan mencari cahaya

Sedangkan kau melangkah jauh 
Dipenuhi cahaya-cahaya 
Tidak sedikit pon kau menoleh

Hanya doa aku kirimkan
Buat kau
Agar hidup kau diterangi cahaya 
Yang tidak akan padam

Kini
pintu mahligai ini
Akan ku kunci
Buat selama lamanya 

Tamatlah sebuah cerita 
Hidupku bersamamu

Smile can hide thousand tears

-This poem has been create from someome to me

Monday 8 September 2014

Nusuk

Mengapa dengan kamu

Mengapa mesti aku
Mengapa aku bodoh
Mengapa aku dibodoh

Mengapa aku berlaku bodoh
Bodoh membengkak kan hati
Bodoh memukul diri 
Karena orang yang paling tersanjung

Maki
Setiap hari hati dikerah dek maki
Adakah masih ia utuh?
Jawapan aku sudah tentu hancur

Kamu sempurna tanpa celanya satu
Aku hina kerana cela yang dekit amat
Aku tak bisa seperti mu
Mengikuti jalan mu
Karena kau jauh lebih bagus

Cukup lah --
Kau terlalu bagus
Bukan rivals yang layak untuk kau
Cukup lah sekali aku menjadi bodoh

Monday 1 September 2014

Wilayah unsur

Aku pernah menjadi air

Yang bisa merapuh kan api
Merapukan besi menjadi debu
Lalu ditiup angin

Aku pernah menjadi api
Membakar jiwa jiwa suci manusia
Angkuh nya aku
Meliputi kesemuanya bahangku

Aku juga pernah menjadi angin
Membantu api menjadi marak
Mengusir lembab air untuk api hidup
Dan terus membakar

Adakah hidup harus pilih air?
Atau pilih api juga angin ?
Adakah mampu aku bisa jadi air semula
Sedangkan air di pandang sisih
Walaupun ia suci



Ku lari ke hutan kemudian menyanyiku

Ku lari ke pantai kemudian teriak ku
Sepi sepi dan sendiri aku benci

Aku ingin bingar
Aku mahu di pasar
Bosan aku dengan penat

Dan enyah saja kau pekat
Seperti berjelaga jika ku sendiri
Pecahkan saja gelasnya biar ramai
Biar mengadu sampai gaduh

Ada malaikat menyulam jaring labah labah belang
Di tembok istana putih
Kenapa tak goyangkan saja loncengnya
Biar terdera

Atau aku harus lari kehutan belok ke pantai


Sunday 31 August 2014

Aku ingin bersama selamanya

Ketika tunas ini tumbuh

Serupa tubuh yang mengakar
Setiap nafas yang terhembus
Adalah kata

Angan, lagu dan emosi 
Bersatu dalam juga berpautan 
Angan kita terikat
Lidah kita menyatu
Maka setiap apa terucap adalah sabda pelita ratu

Diluar itu adalah pasir
Diluar itu debu
Hanya angin meniup saja
Lalu meniup hilang tak ada

Tapi kita tetap menari 
Menari cuma kita yang tahu
Jiwa ini tandu
Maka duduk saja
Maka akan kita bawa
Semua karna kita adalah satu

Pelangi

Punyakah lagi peluang untuk ku

Masihkan ayu nya tetang kita
Lahirnya manis
Disulam sedikit duri yang tajam

Sakit
Sakit yang tusuk
Sabar lah 
Sabar indah menanti mu

Masih ada kah kisah kita
Aku masih ingat segar
Saat kita mengukir pelangi indah
Gumbira hati

Saat kita sedang mengukir pelangi indah
Hujan petir melanda tiba
Aku masih mengukir pelangi indah
Didalam kehujanan itu
Kau pergi jauh 
Tinggalkan aku keseorangan
Untuk mencari tempat berteduh

Aku tetap masih lagi mengukir pelangi itu
Petir yang bertubi tubi 
Mengejutkan aku
Aku masih sedang mengukir

Sayang
Aku masih setia mengukir pelangi indah ini
Aku masih menanti kehadiran mu
Untuk mengukir pelangi indah ini
Bersama sama lagi


Saturday 30 August 2014

--

Tahu ku mulanya

Lahir ada otak dan fikir
Jalan benarkah itu
Menghela nafas seketika--

Kenapa aku bodoh
Bertindak tanpa otak
Aku lupa tuhan bagi aku otak
Aku lupa yang sedang tadi aku cabut dan letak sisi ku

Baik lah
Otak, aku letak semula diasalnya
Dan sekarang
Menyesal lah pasti
Hal nya lah meroyan

Karna amarahnya tanpa tapis
Tentu keladaknya masih ada 
Keladak yg ada itu makan masa hilangnya
Dek kerana tanpa tapis

Hati
Hatinya sudah renyuk dan sudah di-iron semula
Maka bangkit dari jatuh
Hati milik allah
Berilah pada yang pasti
Dan itu takkan pernah menanti dan disakiti

Hatiku kuat wahai gadis
Tuhan itu masih utuh adil
Sabar lah itu indah
Indah seperti nama mu
Sayangku harus sabar



Monday 25 August 2014

Depends on you

Jelas ternyata ini yang kau mahu
Sudah pergilah takkan ku rayu
Tak perlu ungkit lagi kisah dulu
Itu semua tiada erti

Mana perginya kata-kata setia
Mana pergi susah senang bersama
Jatuhku sendiri kau pun pergi
Ini semua tiada erti

Terpulanglah

Sungguh aku lelah tak peduli lagi

Terpulanglah
Tiada lagi sayu di hati
Namun takkan ku sesali
Dengan apa yang telah terjadi
Teruskanlah jangan kembali

Berikan tepukan gemuruh
Pada dia yang bersungguh-sungguh
Aku disini hanya tersenyum
Dan biarkan dia berlalu

Terpulanglah--

Sunday 20 July 2014

Mungkin dah takdir hidup aku mamcam ni

Kalau aku buat salah sikit aku dituduh bukan2 seolah aku ni mcm jahat sangat
Macam aku ni perempuan liar
Tapi kenapa bila
Kau buat salah
Mesti kau sorang je nak betul
Aku sayang kau
Tapi xsanggup nak tahan sakit ni
Kenapa aku
Aku letih lah
Aku letih
Tolong lah jgn seksa perasaan aku

Thursday 12 June 2014

Sebuah maksud

Kau yang terindah 
Yang selalu di hatiku
Engkau yang ku cinta 
Di hidupku selalu

Takkan berubah
Hasratku untuk dirimu
Dan takkan ku buang 
Rindu ini kepadamu selamanya

Kau adalah pelangi hidupku 
Yang selalu warnai hariku

Harapanku dirimu 
Kan selalu di sampingku
Selalu

Wednesday 11 June 2014

Deep

Saat kita leka

Leka mengejar pelangi indah
Kita lupa pada matahari
Teriknya, panasnya, bahang nya-
Yang kita lelahkan --

Dan bila hari itu--
Kita terlalu yakin mengejar pelangi
Hingga lupa matahari yang berlalu pergi 
Apakah sebenarnya kita sering sebegini ?

Tuesday 10 June 2014

Aku tak berguna

Selamanya aku tak berguna
Aku tak boleh nak diubah langsung
Kalau jahat
Selamanya lah jahat
Aku memang macam tu
Semalanya aku memang macam tu
Macam tu macam tu macam babi
Niceeee kan
Okay

Tuesday 27 May 2014

Dan

Jangan mengharap

Dan
Jangan bercerita

Mulanya
Sumpah kau menyesal gila
Cerita semua benda dekat sesiapa kau trust
Sebab agak kau benar sorang pun tak akan paham
Malah ibu kau sekali
Ibu kau pun xfaham lagi kan orang lain
Ya kau menyesal nak mampos

Pesan kau pada diri
Jangan cerita masalah kau dekat orang
Jangan cerita kau sakit apa
Jangan cerita apa apa sahaja
Tentang engkau
Diam lah dan diam lah
Ibarat kau ni suci
Walau pun sebenarnya hitam
Denagn duka
Sabar lah
Yang boleh kau percaya
Cuma Allah sahaja
Bukan orang tersayang 
Bukan sahabat baik
Bukan adik beradik
Bukan saudara mara
Sebab nya mereka
Xberguna untuk kau
Malah memberatkan lagi
Keaadaan
Maka sabar dan buat lah apa saja

Tuesday 20 May 2014

Letih

Letih nya aku

Sesiapa tak kan pernah faham kita
Maka jangan harap dengan faham
Aku letih dengan dunia ni
Dunia xfaham kita
Aku pun xfaham dunia
Aku dah letih
Aku tak nak cakap apa lagi
Tak nak buat apa lagi
Aku tak kan tegur apa apa lg
Tentang orang
Kerana aku tau 
Akan tak senang dimata sesiapa
Aku letih
Aku mahu rehat
Selamanya
Selamat lah dunia
Selamat lah aku
Aku


Monday 12 May 2014

Jahat

Jahat

Aku tak dididikan pun buat jahat
Tapi aku yang buat diri aku jahat
Kenapa??
Belajar jahat aku tau itu jahat
So kau nk buat jahat lg?
Tidak...ok
Belajar baik yaaa itu bagus
Belajar baik tp tidak tau tentang jahat?
Bagus kah?
Mksd aku
Kdg2 org baik lah org yg paling jahat
Sbb aku dia tak belajar buat jahat
Dia rasa dia baik je xde buat salah
Apa saja yg dibuatnya salah pasti baik dan betul shja
Tengok lah org yg pandai buat bom?
Asalnya org bijak baik pandai
Tp salah gunakan kepandaian tu
Dan apa yg dia buat tu dia rasa betul xbersalah
See?? Jahat tu lagi bagus dari baik
Kalau kau faham maksud aku

Saturday 26 April 2014

Bahagia

Bahagia

Benda paling susah untuk di kecapi
Bahagia sementara itu biasa
Tak bahagia pun perkara biasa
Bukan itu aku persoalkan

Aku cuma ingin melihat dunia ini bahagia
Bahagia dengan keindahkan yang free ni
Bukan bahagia kerana wang harta rupa
Cukup lah bahagia kan dengan kejujuran
Keikhlasan kesabaran dan bersyukur

Bahagia nya aku cuma ingin melihat orang yang paling aku sayang tersenyum
Bahagianya aku 😊

Sunday 30 March 2014

Nota bodoh

Sememangnya 
Dari zaman sekolah lagi
Aku gemar membaca sastra
Punca minat--
2010- dimana aku join kontest sajak peringkat sekolah
Sajak yang bodoh bodoh je baca
Sebab aku bukan penyajak terlatih
Tak ada asas langsung
Dan akhirnya aku johan dlm kontest tu
Buat aku lagi minat untuk teruskan karya sastra
Bukan lah aku membaca/minat sastra atas sebab trend masa kini
Silap bro trend bukan sebab aku
Jaga kata kata
Please hormat minat orang
Jangan nak main hentam bodoh je
Ok gudboy 🐩🐩

Wednesday 26 March 2014

Tak bisa

Aku cuba untuk setabah sumayah

Tapi aku tak bisa
Ego nya aku untuk mengalah
Cepat nya berputus asa
Aku takkan sempurna
Sebab aku manusia
Manusia

Saturday 22 March 2014

Hati

Hidup ni memang palat

Hari hari memang palat
Jumpa manusia palat
Buat palat

Hati kau aku jaga
Tapi hati aku kau pijak2
Ok aku masih bersabar

Hati kau tetap aku jaga
Tapi hati aku kau bikin mcm sial
Ok aku sabar lagi
Tahan kuat kan diri

Bila tiba masa aku kecewa
Dah tawar hati
Selamat tinggal sayang
Hati ini dah tak penting lagi bg kau
Sebab kau tak pernah jaga dgn rapi
Sebagusnya baik
Pulangkan lah balik hati aku yg bederai tu
Biarlah aku sendiri yg jaga sampai pulih

Friday 21 March 2014

Tear

Mmg betul senyuman boleh sembunyikan seribu kesedihan

Biarkan aku sendiri
Biarlah aku sedih 
Aku menangis basah
Tanpa siapa tahu
Aku tak perlu bahu seseorang
Tak penting bagi aku
Biarlah aku sendiri yang tahu
Aku sendiri yang tanggung

Aku tak mahu tangis di hadapan orang
Malah orang tersayang sekali pun
Aku tahu
Manusia x pernah akan peduli
Manusia kejam

Tuhan
Aku sangat berterima kasih
Atas kurnia yg terlah engkau beri pinjamkan kepada aku
Aku tahu aku xlayak terima ini
Sebab terlalu banyak dosa aku pada Engkau

Mata melihat benda xsepatutnya
Telinga mendengar hal yg lalai
Mulut mengata hal tidak baik
Tangan lakukan benda tak faedah
Kaki menuju ke tempat haram

Kalau aku tahu aku akan banyak melakukan dosa
Kalau disaat lahir itu aku boleh meminta
Aku nak mintak lahir lah aku dgn buta
Aku tak sanggup melihat dunia yang jahat ini
Biar lah buta asalkan tak terjerumus dengan duniawi ini
Dimana mana manusia kejam
Menyakitkan hati orang
Buat orang sedih




Sunday 15 December 2013

Bila

Nampak orang sweet

Kau nak sweet jugak
Apa yang kurang?

Nampak orang pakai kete beso
Kau pon nak
Apa yang kurang?

Nampak orang pakai baju guess
Kau pon mahu
Apa yang kurang
Aku tanya ni!!

Tak boleh jawab?
Ok
Kau nampak sompek dia?
Ada dia tunjuk dia punya sompek?
Sompek dia macam mana?
Fikir..

Monday 25 November 2013

Tidak

Tidak semua orang seperti aku

Dan
Aku tidak seperti semua orang
Aku lah aku

Menulisnya aku tentang perjalanan hidup
Dunia ini pentas
Dimana aku pelbagaikan kebolehan
Kebodohan atau apa apa saja aku miliki

Begini mulanya
Kenapa harus menjadi orang lain
Sedangkan diri kau cantik
Kau cantik, sayang kau mekap macam keling
Sayang--

Maka itu
Cuba berdiri
Senyum
Cuba lah yakin diri
Confident is beauty of the woman

Saya sayang kaum hawa
Kaum hawa sangat istimewa
Cantik dipandang 
Kan....

Awak,awak cukup cantik dengan confident yang awak ada
Jom kita jalan sambil pekakbuta apa yang orang umpatkan melaknya :)

Friday 1 November 2013

Aku hanya mampu menulis

Dan terus menulis
Cara ini dapat reduce perasaan membunuh
Mungkin........

Aku lihat susuk tubuh aku dihadapan cermin
Cermin mengejek aku kurus damnn
Hakikatnya gemok
Aku bersyukur ciptaan Allah semua indah belaka

Bukanlah mahu bercerita tentang fizikal
Tapi rohani
Sampai bila lah perasan riak bangga takabur
Ini mahu hilang
Ya Allah
Celikkan lah mata hati ini
Cepat cepat lah berubah

Andai semua orang tahu
Betapa indahnya mengabdikan diri kepadaMu
Nescaya aku orang terpaling senyum melihat
Keindahan manusia
Sebuah senyuman yang engkau hanya tahu
Bahagianya aku

Tapi aku manusia biasa
Yang hanya mampu berkata dan terus berkata
Yang selalu melakukan silap dan silap
Aku cuba bermunasabah diri
Bercinta dengan Mu
Wahai Penciptaku


Halal

Lokasi : bilik suram 

Background song : clarity Zedd

Halal?
Tahu sebut tapi tahu mana satu halal ?
Rupa nya cara nya apakah nya

Ok
Macam ni
Duduk nya aku di kota metropolitan
Disini semua aku pandang menjadi halal
Bukan lah halal dari segi apa
Halal orang merogol
Halal orang merompak
Halal orang menculik
Halal orang meraba
Halal orang bermabukkan
Pervert

Malam dimana orang sibuk berjimba
Di dalam pusat beristirehat
Aku berjalan kaki pulang ke rumah dengan
Pelbagai perasaan campur aduk
Sepanjang langkah aku memang dugaan 
Pada malam itu

Anjing liar ekori
Aku tengok dia, dia tengok aku
Takut jugak lah bak nya kena gigit
Mampos aku
Aku tengok anjing tu dengan muka acah2 garang
Dan selamber jalan 
Jeling2 belakang jugak ah kot2 dia ikut
Alhamdulilah Allah memahami aku

Terus lagi berjalan menuju kerumah
Jalan itu gelap tapi ada jugak kerete lalu lalang
Seperti lelaki tak betul
Mengekori aku

Perasaan aku tak perlu lah bertanya
Macam cibai lah perasaan masa tu
Aku maki maki dalam hati 
Kenapa lah masa ni jugak nak lalu belakang aku
Shit

Bismilahitawakal
Alhamdulilah tak ada apa2
Setiba depan guard rumah
Aku dapat tarik nafas lega

Aku tak sanggup menjadi mangsa rogol
Mangsa ragut etc...
Tapi aku akur 
Kalau dah takdir masa itu aku 'kena'
Ya Allah aku berlindung dibawah mu
Selamatkan lah hamba mu
Hina ini

Saturday 19 October 2013

Mulanya aku melihat seorang gadis muda

Kelihatan seperti bersama orang tua nya
Baru pulang menunaikan ibadah umrah/haji
Di jemput saudaranya di lobi ketibaan

Lantas aku tersenyum dan bermonolog dengan hati
Bila lah aku dapat menunaikan ibadah umrah/haji
Aku jeles....
Sumpah aku jeles
Beruntung kau gadis dapat menunaikan ibadah disana (Makkah)

Cissss
Aku memaki hamun diri sendiri
Kau tu solat pon lopong lopong
Solat tak on time 
puasa pon carca marba
Baca Quran pon malas
Mandi wajib pon melengahkan
Ada hati nk pergi umrah

Ya...
Memang ada betulnya
Puas aku bermunasabah diri
Tapi setan ni suka racun aku

Dan sampai sekarang masih lagi 
Aku mencari Islam yang sebenar
Tahu...
Islam sangat indah... mulia...
Aku jatuh cinta pada nya
Tapi aku sering mengabaikan nya
Manusia tak lari dari lalai
Aku lah manusia mudah lalai

Ok
Mulai titik saat ini cuba....
Cubalah mengabdikan diri kepadaNya
CintailahNya
Mengadulah menangislah dihadapannya
Supaya apa yang dihajati tercapai
(Teringin aku menyentuh Rumah Allah)


Tuesday 27 August 2013

Kemaafan dendam terindah

Terkadang aku merasa
Benda yang rapat makin rasa menjauh
Aku rindu waktu dimana kita sangat bahagia
Takdir tertulis
Begini jalan cerita aku
Aku akur dan hormat

Sebenarnya rasa sakit dalam hati
Tapi aku cuba memaafkan
Karna itu dendam terindah
Dan sebab aku ingin kecapi rasa bahgia itu bersama
Tak guna aku rasa bahgia itu sorang sorang
Aku bukan tamak

Dimata kau
Aku tiada makna
Seperti aku merasa
Kau pura pura tidak mengenaliku
Tak mengapa
Aku masih mampu tersenyum
Kerana kesabaran aku mampu,yang tidak setanding summayah

Kau
Aku tidak mahu ada perbalahan
Sebab itu bukan cara aku
Untuk mencari bahgia
Mungkin sekarang aku dibawah
Dicaci maki
Direndahkan
Diperbodohkan
Aku susah

Dunia bukan milik engkau
Kerana keberadaan kau diatas
Tapi
Aku percaya Allah
Dia mengatur ini untuk aku
Aku merasa susah sekarang
Kerana aku akan senang suatu hari kelak

Aku cuba kembali berpinar walau berkali kali aku tersungkur

Thursday 14 March 2013

hanyut

terkadang.. 
terasa nusrah Ilahi 
begitu hampir 
saat kita benar-benar berada di tepi tebing.. 
tunggu saat untuk menjunam 
 jatuh ke dalam gaung.. 

Maha Suci Allah 
yang mengangkat aku.. 
meletakkan aku 
kembali di jalan tarbiyyah 
dan terus memimpin 
untukku melangkah dengan tabah.. 
dalam sujud.. 
dalam rafa'nya pada Rabbi.. 
dalam sembahnya pada Ilahi.. 
dalam mengalunkan zikir-zikir perindu Ilahi.. 

terasa alam menjadi sepi.. 
kelam tenggelam 
dengan lautan manusia penuh dosa..
rumah kehilangan keluarga.. 
dunia kehilangan warganya.. 
menjadikan diri ini begitu kerdil.. 
begitu rapuh
pupus...-

usia 17

seorang insan bergelar remaja
meniti di setiap bibir manusia
tunjukkanlah afalmu yang nyata
mengapa kau seolah olah tak percaya

pengetahuanmu perlu ekstensif
firasatku berkata:
untuk menjadi insan sukses
tak perlu degree
tak perlu spm A+
yang perlu ada optimis yang kental
konsentrasi yang taja

pekakbuta segala perasaan prejudis
gundah dan malas
itu ubat membuat kelalaian
sama perasaanmu sendiri

pacakkan pendirian
panjatkan reputasi namamu dan keluarga
agar persona
memandang tinggi padamu

maka mereka terkesima
mengintip keluarbiasaanmu

jadilah pewira yang benar benar
dahagakan kemenangan yang kian gersang

ini remaja
yang benar benar dahagakan kejayaan

e m a k

Wahai bondaku.. 
andai takdir bisa ku karang.. 
akan ku hikayatkan 
kehidupanmu dengan 
kegembiraan dan kemuliaan,
akan tetapi 
aku hanya mampu menulis 
dan terus menulis 
apa yang telah ditakdirkan

mak i love you

Wednesday 13 March 2013

benci aku ? tak pa

post di mula dengan Basmalah
1 2 3 ok ok go !
kali ini ya kali ini
aku Indah atau nama komersial dari kecik comel@mel
nak semak entri kali ni cerita pasal aku

kali ini jujur nama aku macam orang dulu dulu
klasik,
kuno,
orang kampung,
tapi kau ada nama macam aku ?
'Nor Indah Sari'
indah kan nama aku
aku tak pernah malu
tak kan segan
takkan hina
sebab aku bangga nama aku sedemikian
memiliki unik orang tak ada
sebab mak aku yang bubuh
ya mak aku yang melahirkan aku

aku bangga jadi mel
bukan kerana aku karang cerita
bukan aku nak bangga bangga kan aku
tidak
ralat sama sekali
sebab aku tetap aku
bukan topeng apabila di hadapan orang

aku bukan anak berada
aku anak kebanyakkan
asal kampung
felda
banyak pokok sawit
rumah papan
18 tahun aku disini
dan sekarang aku ke kota metropolitan
menyambung belajar
mungkin tahap diploma sahaja
sebab bagi aku tak perlu degree untuk berjaya
usaha aku itu yang perlu

aku tahu ramai orang tak suka aku
tak pa
aku tak kesah
sebab aku pekakbuta dengan orang tepijalan punya bisikkan
pendirian aku jelas
aku kenal aku

jadi gadis bukan senang
kena jaga tatasusilah, ya
kena jaga kulit, ya
kena calet mekap, ya
kena kena contol ayu,ya

pendapat aku,aku tak perlu itu
aku mahu kesederhaan
yang bisa dikongsikan bersama
rupa tak lawa tak apa
janji berilmu
kulit tangan hitam gelap kotor kotor
tak apa
janji menghasilkan sesuatu yang berfaedah
kaki berkurap takpa
asalkan menuju tempat yang baik

bagi aku jadi diri sendiri yang nyata jelas itu
lebih baik
dari berpura-pura

aku jahat
aku nakal
aku tak lawa
aku gelak macam jantan
aku suka kerja gila
aku suka kerja macam jantan
aku mekap kadang kadang
aku tak suka control ayu
aku "food hunter"
aku gendut
aku tak suka novel
aku sombong pada mulanya
tapi siapa kenal aku, mereka lebih kenal
peramah
cibai
buruk perangainya aku

aku suka aku sayang diri aku MEL-







Thursday 28 February 2013

tiga huruf

m a k
ya tiga huruf itu
tiga huruf itu aku sentiasa mengingati
setiap hembus angin
setiap nafas dihirup
setiap kali melangkah
setiap sudut penjuru

bukan m a k sahaja
wajah mu ya aku rindu
wajah mu ya aku terbayangkan
indahnya layanan mu
suap kasih sayang
sumbat apa kemahuanku
perih keringat menyelesakan aku
membimbangkan aku
membimbing

diberi seluas laut uang
tak tentu cukup untuk membalas perih keringat mu
m a k insan menagis karna ku
m a k insan risau karna ku
maafkan aku derhaka ini
terlalu melukakan hati besar mu
terlalu memotong apa hajat mu
terlalu sia sia kan memberianmu

andai hati bisa di bentang
ingin aku kau tahu sebesar luas nya
cinta sayang rindu terhadap  m a k
segigih nya aku ingin melihat m a k juga bahgia

maaf anak derhaka ini andai tidak mampu untuk mengukir senyuman
dibibir mu ayng selalu mengkucup di dahi pipi anak derhara ini
m a k ingin kau tahu
aku sayang erat mu



Tuesday 18 December 2012

s a h a b a t

sahabat, rakan, member, kawan perkataan yg memberi sama maksud tapi lain dari segi pernilaiannya, member, member huha huha memang lah ramai, tapi member sejati,sahabat sejati lain pula cite nye, aku akui aku mmg ramai member,tapi yang betul2 sejati ade 1 2 ketul je tu pun mcm xsejati, tapi aku tetap sejati dekat korang, aku perasan time kawan sejati aku ni sedih die cite kat aku luahkan dekat aku,aku pun memdengarnya dgn penuh perhatian,sedih merasakan kesedihannya,aku xboleh tgk kawan baik aku sedih,tapi bila korang gembira korang lupa aku,xpela aku xkesah pun sikit pun aku x amek hati,bagaimanapun perangai korang korang tetap kawan sejati aku yabg aku syg gile